Video Link: https://fb.watch/abor4TuBX2/
Ucapan Perbahasan Pindaan Akta Paten 2021 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 15-12-2021
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
Saya turut ingin menyertai pindaan Akta Paten 1983. Tadi saya mendengar ucapan Yang Berhormat Menteri akta ini telah diasaskan 1983 melalui lima pindaan. Pindaan terakhir tahun 2006. Oleh itu, hari ini menteri mengemukakan rang undang- undang dengan begitu banyak pindaan 69 fasal ini kerana terlalu lama tidak dipinda.
Maka saya menyeru meminta kerajaan supaya kerana undang-undang intellectual property, undang-undang berkenaan dengan hak intelek perlu dikemaskinikan setiap masa. Kalau sekiranya tidak kita akan ketinggalan di belakang. Saya memang faham bahawa hari ini kementerian akan mengemukakan tiga rang undang-undang di samping rang undang-undang berkenaan paten, berkenaan dengan hak cipta dan juga petunjuk geografi adalah sebahagian daripada pembaharuan untuk memenuhi perjanjian RCEP iaitu Regional Comprehensive Economic Partnership atau dalam bahasa Melayu, Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membuat komitmen untuk memenuhi obligasi RCEP menjelang 1 Januari 2022 kerana sudah terdapat enam negara ASEAN telah menyertai secara rasminya RCEP iaitu negara Brunei, Cambodia, Laos, Singapura, Thailand dan juga Vietnam. Malaysia bakal menjadi negara ketujuh. Maksudnya selepas ketiga-tiga undang- undang domestik ini diluluskan, maka kita sekurang-kurangnya bersedia secara undang-undang untuk menyertai satu blok perdagangan antarabangsa yang penting. Soalan saya, kenapa kita begitu lambat kerana suka atau tidak suka RCEP sudah terbentuk apabila ada enam negara ASEAN menyertainya? Oleh itu, kita sebenarnya ke belakang dan bukan di hadapan.
Saya melihat berkenaan dengan rang undang-undang ini bukan sahaja memenuhi obligasi RCEP dan juga kerana di RCEP ada satu chapter berkenaan dengan hak harta intelek sebanyak 43 muka surat dengan banyak pelbagai keperluan. Saya meneliti rang undang-undang ini sebahagiannya memenuhi Perjanjian TRIPS, perjanjian berkenaan perdagangan berkaitan aspek hak harta harta intelek, berkenaan dengan Treaty Budapest, mengenai pengiktirafan antarabangsa, pendepositan mikroorganisma bagi maksud prosedur paten.
Malaysia ialah satu TRIPS compliance country. Oleh itu untuk memenuhi Revolusi Industri 4.0 dan juga menggalakkan inovasi, kita perlu memastikan bahawa undang-undang paten kita up to date.
Saya ingin meminta Menteri membuat pengesahan bahawa undang-undang yang dibentangkan memenuhi 43 muka surat dalam chapter intellectual property RCEP. Antara fasal yang saya ingin bangkitkan iaitu compulsory license for pharmaceutical patent, fasal 35 sampai 41.
Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi satu Tropical Disease Research Centre dan apakah remedy untuk pemegang-pemegang paten sekiranya compulsory license dikeluarkan oleh registrar. Apakah remedy-nya? Fasal 45 patent opposition allow dengan satu fasal baharu. "Opposition proceedings against the owner of a patent in relation to the grant of patent before the Registrar”. Apakah remedy sekiranya pemohon-pemohon ini tidak dapat mendapat kelulusan daripada registrar.
Saya meminta supaya satu pembaharuan daripada segi bukan sahaja tiga undang- undang yang kita bentangkan hari ini, saya meminta supaya undang-undang berkenaan industrial design dikemas kini kerana Malaysia masih belum menyertai Hague Protocol. Malaysia belum menyertai Hague Protocol berkenaan dengan industrial design. Saya rasa kita perlu mengemaskinikan undang-undang industrial design supaya kita memenuhi standard antarabangsa.
Oleh itu saya meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
No comments:
Post a Comment